Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    

Selasa Mei 15, 2012

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2012 - Bertempat di Dewan Bankuet, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama FINAS dan FDAM telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Karya Adaptasi Novel ke Filem dan Pelancaran Sayembara DBP 2012. Majlis gilang gemilang ini telah  dirasmikan oleh YB Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Dan Kebudayaan Malaysia.


Kuala Lumpur, 14 Mei 2012 - Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Ikon Membaca Kebangsaan pada majlis yang diadakan di Perpustakaan Negara. Ianya sangat bertepatan dengan keperibadian Tun yang amat mementingkan ilmu pengetahuan sehingga menjadikan beliau seorang pemimpin yang berwawasan, berpandangan jauh dan berkemampuan luar biasa.


KUALA LUMPUR: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2012) berlangsung meriah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pada 27 April- 6 Mei 2012. Pameran buku terbesar di Malaysia ini bertemakan “Buku: Dunia Tanpa Sempadan” disertai oleh 250 buah syarikat dengan 790 buah gerai pameran dan jualan buku. Penggiat industri perbukuan luar negara turut mengambil bahagian seperti Australia, Turki, China, India, Iran, United Kingdom dan dari negara-negara ASEAN selain agensi-agensi Kerajaan yang berhubung kait dengan bidang multimedia dan penerangan turut menyertai bagi menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada umum.


Bengkel Seni Lakon dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI) & FINAS Wilayah Sabah dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Sabah (JKKNS) telah berlangsung pada 20 – 22 April 2012 bertempat di JKKN Sabah. Seramai 50 peserta yang terdiri daripada kalangan penggiat industri filem Sabah telah menyertai bengkel tersebut.

Berita Terdahulu : 1, 2, 3 ... 51, 52, 53  Seterusnya

   Carian:


PENGUMUMAN

Khamis Mei 17, 2012 :Makluman Pemberhentian Dana Promosi Bagi Filem Tempatan

Dimaklumkan bahawa peruntukan bantuan dana promosi bagi mana-mana terbitan filem tempatan telah dihentikan. Keterangan lanjut sila hubungi pegawai promosi En. Mohd Hafiz Pn. Noor Shuhada di talian 03-4104 1331 atau 1349.

Isnin Mei 14, 2012 :Membekal, Memasang, Menguji & Mentauliah Data Center Untuk Kemudahan ICT

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya di bawah Kod Bidang : 200300, 210101, 210102, 210104, 210105 & 210106 bagi menyertai sebut harga berikut :

Isnin Mei 14, 2012 :Kerja - kerja Ubahsuai Bilik Editing Bahagian Produksi Aras 1, Bangunan Utama, FINAS

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebut harga berikut :

Isnin Mei 14, 2012 :Membekal, Memasang, Menguji & Mentauliah Peralatan Keselamatan Data Center

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya di bawah Kod Bidang : 030100, 030200, 220109 & 220111 bagi menyertai sebut harga berikut :

Isnin Mei 14, 2012 :Pembinaan Dan Elektrikal Untuk Bilik Data Center

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya di bawah Kod Bidang : 020300 @ 220802 bagi menyertai sebut harga berikut :

Ahad Jan 01, 2012 :Sesi Bersama Warga Industri

Semua penggiat seni perfileman dijemput hadir ke majlis Sesi Bersama Warga Industri yang akan diadakan pada Jumaat minggu kedua dan keempat setiap bulan. kehadiran amatlah dihargai demi memartabatkan industri perfileman tanahair. Keterangan lanjut sila hubungi urusetia ditalian 03-4104 1397 / 1398 / 1399



  • Galeri Terkini
    • Galeri Video
      The Untold Truth About Supermokh Part 2
    • Galeri Gambar
      ZARA6943.jpg
    • Galeri Buku
      Script Writing-Ultimate Storytelling

    PAUTAN